MAKAN SEKALI, PASTI NAK LAGI!
Nikmati Apam Balik Seri Menanti dengan Sentuhan Premium
Selamat datang ke Apam Balik Seri Menanti Premium (ABSM Premium), tempat di mana kenikmatan apam balik klasik bertemu dengan rasa mewah. Kami menyediakan apam balik berkualiti tinggi yang dihasilkan dengan bahan-bahan premium untuk memastikan setiap gigitan memberikan kepuasan maksimum.

Tentang Kami
ABSM Premium
ABSM Premium adalah jenama bumiputera yang dinaik taraf daripada jenama Apam Balik Seri Menanti (Istana). Perniagaan ABSM Premium dikenali sebagai perniagaan jalanan yang bermula dari pasar malam dan kaki lima. Kini, perniagaan ABSM Premium telah mula berkembang dengan mempunyai francaisi di seluruh Malaysia.
Dengan pengurusan baharu, jenama ABSM Premium telah membuat perubahan dari segi sistem pengurusan pentadbiran, pengurusan rakan niaga dan pengurusan pemasaran. ABSM Premium yang berkonsepkan perniagaan mampu milik boleh disertai oleh sesiapa sahaja termasuk golongan ibu tunggal dan anak muda yang ingin memulakan perniagaan dan menambah pendapatan.

Misi Kami
Mewujudkan peluang perniagaan mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah dan melahirkan
usahawan berjaya menerusi pelan perniagaan A.B.S.M
Premium.

Visi Kami
Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang progresif dan maju dalam sektor makanan dan minuman serta memberi perkhidmatan terbaik melalui inovasi, nilai, kualiti dan komitmen Yang Tinggi.

Keluarga
Kisah Apam Balik Seri Menanti Premium
Kuih apam balik nipis lemak, manis dan rangup. Apam balik disediakan dengan memasak menggunakan kuali tembaga dan dapur khas. Lapisan mentega dipanaskan sebelum adunan tepung dimasukkan, kemudian ditambah gula secukup rasa. Nestum madu dan jagung berkrim juga ditambah untuk menyempurnakan penyediaan apam balik.
Keluarga ABSM Premium
Keluarga Apam Balik Seri Menanti Premium memulakan perjalanan mereka sebagai penjaja kecil. Dengan resipi tradisional turun-temurun, keluarga ini menghasilkan apam balik menggunakan bahan-bahan segar seperti kacang tanah, jagung, dan gula melaka.
Perjalanan Kami
Hari ini, perjalanan kami bukan sekadar tentang membina jenama atau perniagaan, tetapi juga tentang mencipta nilai, meninggalkan kesan, dan menyatukan rakyat Malaysia melalui produk dan perkhidmatan kami

Rahsia Keistimewaan
Apam Balik Seri Menanti Premium
Resipi istimewa Apam Balik Seri Menanti (Istana) Premium (ABSM Premium) menawarkan aroma yang harum serta rasa yang memikat— lemak, manis, dan rangup. Dengan intinya yang unik seperti nestum madu, jagung krim lemak manis, serta taburan gula, apam balik ini memberikan pengalaman rasa yang tersendiri dan sukar dilupakan.
Ia bukan sekadar kudapan biasa, malah ia merupakan pilihan yang digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur. Hidangan ini sesuai untuk memeriahkan pelbagai acara atau majlis, memastikan setiap tetamu atau jemputan yang hadir menikmati pengalaman yang menggembirakan.

Perkhidmatan ABSM Premium
Selaras dengan misi dan visi serta usaha membawa jenama dan produk ABSM Premium ke peringkat antarabangsa, kami juga menyediakan latihan dan konsultasi kepada usahawan yang ingin membuka perniagaan Apam Balik Seri Menanti Premium di kawasan mereka melalui pakej rakan niaga. Segala bimbingan tentang selok-belok membina perniagaan akan diberikan.
Selain itu, ABSM Premium turut membekalkan peralatan set dapur apam balik dan adunan tepung ABSM Premium bagi mendapatkan apam balik yang terbaik.
Kami juga menyediakan perkhidmatan katering secara live-cooking untuk majlis-majlis rasmi/tidak rasmi melalui pakej-pakej khas yang pastinya menarik dan berbaloi sesuai dengan keperluan penganjur (individu, katerer, event organizer, dan hotel).

ABSM Premium (Digital)
Sebagai usaha mentransformasikan perniagaan kami, kami juga mengorak langkah ke arah teknologi dan IT supaya dapat memanfaatkan inovasi digital dalam menguruskan operasi, memperluaskan pasaran, dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Pendekatan ini membolehkan kami terus berkembang dengan lebih baik dan bersaing secara dinamik pada masa hadapan.
Jom dapatkan khidmat kami secara dalam talian sekarang.
Jom dapatkan khidmat kami secara dalam talian sekarang.

Tempah Katering ABSM Premium
ABSM Premium memperkenalkan Pakej Katering Poket Tak Kering, tawaran terbaik untuk memastikan setiap acara anda berjalan lancar dengan bajet yang berpatutan. Promo ini menawarkan pilihan hidangan berkualiti tinggi yang sesuai untuk pelbagai majlis.
Tempah Sekarang
Daftar sebagai Usahawan ABSM Premium
Jom sertai kami sebagai sebahagian daripada Keluarga Usahawan Apam Balik Seri Menanti Premium! Nikmati peluang eksklusif dengan resipi istimewa, latihan lengkap, bekalan bahan mentah berkualiti, serta sokongan pemasaran untuk membantu anda berjaya.
Daftar Sekarang
Usahawan ABSM Premium Akademi
Jom Daftar Sebagai Usahawan ABSM Premium Akademi! Kami menyediakan latihan dan bimbingan untuk mengasah kemahiran keusahawanan anda. Dengan modul lengkap dan praktikal, anda akan mempelajari apa yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan.
Daftar Sekarang
Podcast - Dari usahawan, kepada usahawan
Sebuah platform yang membawa cerita dan pengalaman sebenar seorang usahawan. Setiap episod kami akan berkongsi topik seperti strategi perniagaan, cabaran, tips dan inspirasi untuk membantu anda mengatasi rintangan dan mencapai kejayaan dalam keusahawanan.
'Subscribe' Sekarang
1+
Negeri ABSM Premium
1+
Usahawan ABSM Premium
1k+
Pelanggan setia ABSM Premium
1k+
Majlis Disajikan ABSM PremiumTestimoni
Apa Kata Francais Kami